Seorang ibu cemas, Anak berusia tiga tahun hilang di ladang kelapa sawit

Kredit-Sinar Harian

Keadaan seorang wanita cemas selepas mendapat tahu bahawa anak perempuannya berusia tiga tahun hilang di ladang kelapa sawit Kampung Bidor, Ipoh, hari ini.

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian berlaku lingkungan jam 11.20 pagi. Turut difahamkan, Ibunya sedar bahawa anaknya hilang selepas selesai memungut buah kelapa sawit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, operasi mengesan kanak-kanak hilang terus digerakkan sebaik menerima laporan tersebut.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula pada jam 12.30 tengah hari dengan dipecahkan kepada tiga kumpulan untuk mencari sekitar kawasan ladang berkenaan.

“Mangsa berjaya dijumpai oleh anggota polis di kawasan semak yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat,” katanya dipetik Sinar Harian.

Justeru, Operasi mencari turut melibatkan 35 pegawai dan anggota terdiri daripada PDRM, Bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Sementara itu, Wan Azharuddin berkata, mangsa ditemui dalam keadaan lemah dengan kesan lebam di bahagian kaki kirinya.

“Mangsa diberi rawatan awal oleh anggota APM dan kemudian dibawa ke Hospital Tapah bagi menerima rawatan lanjut,” katanya.