Mulai esok, Wajib memakai songkok

Kredit-MalayMail

Diwajibkan memakai songkok buat semua kakitangan erajaan negeri Kelantan setiap hari Khamis bekerja, yang akan berkuat kuasa esok.

Menurut laporan Berita Harian, Notis arahan yang dikeluarkan 19 Disember lalu hanya untuk kakitangan awam lelaki kerajaan sahaja. Lalu negeri tersebut ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Azmi Tengku Jaafar.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Ada surat kira betullah,” katanya ringkas melalui kiriman WhatsApp.

Kemudian, Menerusi notis berkenaan memaklumkan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kali ke-23 tahun 2019 di bawah Perkara-perkara Lain (11) yang bersidang pada 6 November 2019, membuat cadangan bersetuju dengan keputusan supaya penjawat awam lelaki di negeri Kelantan memakai songkok pada setiap hari Khamis bekerja.

Bagaimanapun, Notis berkenaan turut memaklumkan arahan itu berkuat kuasa serta-merta.

Terdahulu, notis arahan itu tersebar di media sosial melalui WhatsApp.