Selesai Beri Keterangan, Caprice Mohon Maaf Guris Hati Anggota PDRM

 

Penyanyi rap dan usahawan, Caprice telah membuat permohonan maaf kepada seluruh anggota Polis Di Raja Malaysia (PDRM) susulan kenyataannya sebelum ini yang didakwa mengguris hati pasukan keselamatan itu.

Bagaimanapun menurut Ariz Ramli, 35, video yang dimuat naik di Instagramnya sebelum ini hanya ditujukan kepada seorang anggota polis yang terlibat dengan kes seorang pelajar sekolah yang maut pada 15 Disember lalu.

“Cap nak minta maaf kalau ada siapa-siapa dari pasukan biru yang terasa dengan apa statement kita buat sebelum ni.

“Ayat-ayat yang di guna di media sosial adalah khas tuju kepada seorang sahaja. Dan sebenarnye kita kene sama-sama cari jalan untuk sentiasa jaga, protect, dan uphold the sacred badge and colors of PDRM,” jelasnya.

Caprice tiba di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi pada pukul 12.30 tengah hari dan selesai memberi keterangan sejam kemudian.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) Datuk Afdlin Shauki.

Sumber : Instagram Caprice, Kosmo