Cabul Sepupu, Cucu Penyanyi Popular Era 70-an Didakwa

Seorang remaja lelaki berumur 17 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan mencabul sepupunya hari ini.

Remaja lelaki yang juga merupakan cucu kepada seorang penyanyi popular era-70 berpangkat Datuk itu, didakwa mencabul sepupu perempuan yang sebaya dengannya atas tujuan seksual di sebuah kediaman di Jalan Gasing Seksyen 5, Petaling Jaya pada 15 Oktober lalu.

Pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad

Bagaimanapun, prosiding perbicaraan dijalankan secara tertutup kerana melibatkan pesalah kanak-kanak bawah umur.

Remaja lelaki tersebut didakwa di mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dan jika didapati bersalah bakal berdepan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan.

Sumber : Harian Metro