Sekatan Jalan Raya (SJR) Rentas Negeri Berakhir!

Akhirnya, sekatan jalan raya rentas negeri di seluruh negara dihentikan mulai tengah malam tadi selepas kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias bagaimanapun berkata pihaknya masih melaksanakan sekatan jalan raya bagi tugasan-tugasan khas seperti Ops Mabuk dan samseng jalanan.

“Sekatan jalan raya rentas negeri yang didirikan akan ditutup mulai tengah malam ini, namun Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) akan menjalankan sekatan jalan raya untuk operasi-operasi tertentu,”” katanya ketika dihubungi.

Tinjauan Bernama di Plaza Tol Gombak menuju ibu negara mendapati anggota polis dan tentera yang bertugas di sekatan jalan raya mula mengalihkan kon serta khemah yang terletak di sekatan jalan raya rentas negeri di lokasi itu.

 

Beberapa kenderaan juga dilihat mula masuk ke ibu negara serta keluar menuju pantai timur untuk ke destinasi masing-masing bermula 12 tengah malam ini dengan lancar.

Hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata polis peronda akan ditempatkan di sepanjang lebuh raya dan jalan utama bagi memantau aliran trafik.

Sumber: BERNAMA

Most Popular

Binatang! Lelaki guna umpan gula-gula sebelum rogol budak lapan tahun

SEORANG lelaki disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selepas mengumpan mangsa dengan gula-gula, berhampiran Jalan Tuaran Bypass pada Rabu.

Polis Indonesia dikecam kerana tempatkan pondan instafamous di penjara lelaki

KUMPULAN hak asasi di Indonesia menyelar tindakan polis menempatkan seorang transgender wanita di dalam sebuah penjara lelaki, lapor Harian Metro.

Netizen terpesona kejelitaan nenek umur 53 tahun persis gadis remaja – “Ini manusia atau pontianak?”

SEORANG wanita berusia 53 tahun menjadi tumpuan netizen di Indonesia kerana memiliki wajah awet muda persis anak gadis berumur belasan tahun, lapor...

Didakwa mahu ubati kemurungan ikut kaedah rawatan Islam, pendakwah selebriti direman bantu siasatan kes noda wanita

SEORANG pendakwah selebriti direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menoda seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7...