Home Berita Semasa Lelaki Tikam Wanita Bertubi-tubi, Masukkan Wanita Dalam Kereta

Lelaki Tikam Wanita Bertubi-tubi, Masukkan Wanita Dalam Kereta

 

Seorang wanita mati dibunuh selepas ditikam bertubi-tubi oleh seorang lelaki selepas keluar makan bersama di sebuah restoran di Jalan Bayu Tinggi, Klang pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan mendapati mangsa merupakan warga tempatan itu menemui seorang lelaki berusia 44 tahun untuk makan sekitar jam 1.20 tengah hari.

Kemudian, suspek bersama mangsa ke parkir kereta sebelum mangsa ditikam bertubi-tubi menggunakan pisau kemudian memasukkan wanita di ke dalam kereta dan menuju ke rumahnya.

“Setibanya di sebuah kereta Chevrolet, suspek menikam mangsa beberapa kali dengan pisau dan memasukkan wanita itu ke dalam kereta lalu beredar.

“Suspek kemudiannya pulang ke rumahnya di Jalan Sungai Nibong 5, Kapar dan cuba mengejutkan mangsa namun gagal,” katanya hari ini.

Selepas cuba mengejutkan mangsa yang sudah tidak sedarkan diri, suspek mencederakan dirinya sendiri menggunakan pisau yang sama.
“Setibanya di rumah, suspek cuba beberapa kali mengejutkan mangsa, namun mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Suspek kemudian bertindak mencederakan dirinya sendiri dengan menikam bahagian badan menggunakan pisau yang sama terhadap mangsa,” katanya.
Suspek berjaya diberkas di lokasi dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber : Kosmo, Awani