Sahabat Baik Suspek Bunuh Warga Emas Ditikam 27 Kali

 

 

Seorang lelaki warga emas dilaporkan maut selepas ditikam sebanyak 27 kali dengan menggunakan pisau di tempat letak kereta sebuah apartment di Jalan Perak, petang semalam.

Polis berjaya menahan reman tiga suspek berusia 29 hingga 42 tahun bagi membantu siasatan kes bunuh peniaga makanan itu jam 7.30 malam di sekitar Jelutong.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superitenden V Saravanan berkata tiga suspek yang ditahan adalah dua lelaki dan seorang Wanita. Mereka ditahan reman selama tiga hari hingga 8 Disember bagi membantu siasatan.

“Mereka ditahan semalam, dan siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek ini adalah kawan rapat si mati, bagaimanapun motif pembunuhan belum dapat dipastikan dan siasatan masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pihak polis percaya berdasarkan tikaman menunjukkan motif utama adalah memang untuk membunuh mangsa dan bukannya samun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Sumber : Awani & Kosmo!