Bapa Zayn Rayyan Pengsan Terima Khabar Duka Anaknya Ditemui Meninggal Dunia

Gambar : BERNAMA

Seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dilaporkan hilang sejak tengah hari semalam ditemukan meninggal dunia di anak sungai berdekatan Apartment Idaman, Damansara Damai sekitar pada 10 malam ini.

Penemuan mayat itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, yang turut berada di lokasi kejadian.

Mayat Zayn ditemui penduduk Apartment Idaman, Damansara Damai ketika operasi dijalankan bersama pihak polis. Mayat Zayn dijumpai terbaring di anak sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Kanak-kanak itu disedari hilang ibunya ketika menaiki tangga untuk pulang ke rumah mereka di tingkat tiga apartment berkenaan, kira-kira 12.30 tengah hari semalam.

Sumber : BH Online, Sinar Harian