Sah, seorang rakyat Malaysia positif koronavirus baharu (2019-nCoV).

Menerusi laporan Harian Metro, Seorang rakyat Malaysia kini disahkan positif koronavirus baharu (2019-nCoV).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata mangsa sebelum ini menghadiri mesyuarat bersama beberapa delegasi antarabangsa termasuk China di negara jiran pada 16 hingga 23 Januari lalu.

Katanya, keluarga terdekatnya akan diletakkan dalam ‘home surveillance’ selama 14 hari.