Puluhan juta rakyat China kini dikuarantin, hanya dibenarkan keluar rumah dua hari sekali untuk beli makanan

Dalam membendung penularan koronavirus ke seluruh negara, kerajaan China hari ini memperluaskan daerah kuarantin.

Jutaan penduduk di bandar Taizhou, Hangzhou dan Ningbo kini tidak dibenarkan keluar dari rumah. Bagaimanapun hanya seorang sahaja ahli keluarga yang dibenarkan membeli makanan dalam tempoh dua hari sekali.

Penduduk di bandar Taizhou pula perlu mempamerkan kad pengenalan setiap kali meninggalkan rumah selain segala kemudahan awam turut digantung kini.

Manakala di Hangzhou penduduk disarankan memakai topeng muka selain diminta selalu memeriksaan suhu badan dalam mengelakkan jangkitan virus ini. Ketika ini bandar Hangzhou yang terletak 160 kilometer dari Shanghai sudah merekodkan 200 kes koronavirus selain 1 kematian.

Ketika ini China mencatatkan 20,000 jangkitan positif selain hampir 425 kematian. Kebanyakkan mangsa yang meninggal berada di Wuhan dan selebihnya kawasan Hubei yang ketika ini sudah ditutup selama dua minggu.

Sementara itu larangan terbaharu pula pihak pemilik bangunan di Taizhou pula dilarang menyewakan rumah kepada penduduk yang berasal dari daerah yang terjejas teruk kerana virus ini

Sumber :DailyMail