“ Ingatkan pembawa virus, rupanya hafaz Quran” Prejudis dengan warga China, pemandu Grab ini dapat pengajaran

Dengan ketakutan akibat wabak penyakit novel koronavirus yang berasal dari China, tentunya ada sebilangan kita yang mempunyai rasa prejudis dengan warga negara tersebut dalam mengelakkan diri dari dijangkiti virus berbahaya tersebut.

Walaupun ketika ini pelancong dari daerah Wuhan sudah dilarang memasuki negara ini namum itu belum dapat meredakan rasa ketakutan masyarakat Malaysia.

Berkongsi pengalaman mengambil seorang warganegara China sebagai penumpang Grab. Ternyata apa yang dilalui pemandu Grab ini kelakar dan dalam satu ketika turut menjadi pengajaran berguna buat dirinya.

Menurut perkongsian Shikin Hassan pada mulanya dia melihat nama penumpangnya itu berasal dari China. Tidak menunggu lama dia terus mengenakan topeng muka sepanjang pemanduannya.

Melihat penumpangnya seorang remaja, Shikin cuba bertanyakan maklumat mengenai penumpangnya itu. Mengakui berasal dari China apa yang cukup mengejutkan adalah bukan sahaja dia pandai berbahasa Malaysia tetapi juga merupakan seorang tahfiz Al-Quran.

“Cerita Grab 7

Tadi kan beriya aku tunjuk aku pakai mask kan?

Ceritanya tadi masa ambik rider dekat Cheras, ternampak nama memang dari China, haa aku dah prepare lah nak pakai mask.

Bila rider naik kereta dan selesakan diri, aku pun ajak sembang. Dia nak ke Wangsa Maju, jauh tuu kalau nak diam membisu seribu bahasa. Mau kejung aku.

Aku pun tanya dia, “are u student?”
Dia jawab…haaa…

Aku tanya lagi, do u speak Malay?
Dia jawab, “Inggeris tak pandai. Melayu boleh.” Dia jawab dalam bahasa Melayu okey.

Okey, aku pun tanya dia dari mana. Dia cakap dari China. Sebaik mendengar perkataan dari China, makaaaaa aku pun slow-slow pasang mask. Sebelom tu, aku sangkut kat bawah dagu je.

Menengok dia yang pakai baju sepasang putih, aku syak budak ni mesti baru balik dari kelas karate ka judo kaa….yerlah baju macam gitu kan..

Aku tanya dia ada kelas judo ka karate?

Jeng jeng jeng….jawapannya…..

“Saya hafaz Quran.”,” tulisnya.

Menurut Shikin melalui perbualannya itu juga turut mengetahui remaja itu berada di Malaysia bersama pakciknya yang kini penuntut di UIA.

Mengakui rasa bersalah, katanya mungkin ini cara Allah menegur dirinya yang selama ini jelas bersikap tidak adil.

“Gulp. Nak tercekik aku dengar. Mask yang elok bertutup hidung mulut aku, aku tarik slow-slow. Hahaha

Serius. Aku rasa bersalah gila. Prejudis sungguh aku dan takut pada yang bukan-bukan. Tuhan jentik perasaan takut aku dengan hadirkan budak ni. Padan muka aku.

Lepas tu aku pun sembang dengan dia macam biasa. Dia yang berusia 14 tahun ni dah setahun belajar hafaz Quran di Cheras, kawasan yang aku pick up tadi.

Di sekolah tu, dia belajar bahasa Melayu sebab ustaz dia dari Bangladesh dan Pakistan. Semua cakap Melayu. Jadi dia tak reti Inggeris. Rakan-rakan sekolah dia ada orang Melayu Thailand, Bangladesh dan Pakistan.

Sebulan sekali dorang boleh balik. Jadi dia nak pergi rumah pakcik dia di Wangsa Maju. Pakcik dia belajar di UIA. Pakcik pun Muslim.

Comelkan budaknya? Menantu sapa la nanti ni…haha untung dapat tahfiz okey.,” tulisnya lagi.

Sementara itu ketika ditanya keadaan keluarganya, pemuda ini turut memberitahu ahli keluarganya berada dalam keadaan selamat di China.

Aku tanya keluarga dia di China tu kena virus corona tak. Dia cakap tak kena, selamat semuanya. Syukur.

Sementara itu Shikin yang juga merupakan bekas wartawan Utusan Malaysia menjelaskan kejadian ini memberi pengajaran bermakna buatnya selain ingin terus berkongsi kisah seperti ini buat masyarakat.