Rumah terbakar, 103 mangsa hilang tempat tinggal

Kredit-Bernama

Seramai 103 mangsa daripada 22 keluarga hilang tempat tinggal selepas lima rumah musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Sembulan Baru malam tadi.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah itu termasuk 14 mangsa bukan warganegara dan kini ditempatkan di Dewan Sembulan.

Terdahulu Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan kebakaran itu berlaku kira-kira 11.32 malam.

Sementara itu, menurut laporan Bernama, kejadian kebakaran tersebut empat motosikal juga turut musnah.

Kemudian, Operasi pemadaman api melibatkan 35 anggota sebelum operasi ditamatkan pada jam 1.20 pagi.

Bagaimanapun, Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan manakala jumlah kerugian serta punca kejadian masih dalam siasatan.