Penyamun kedai dobi di cari

Polis kini sedang giat mencari dua individu yang terlibat dalam kes samun bersenjata di sebuah kedai dobi di Bandar Sri Damansara, pada awal pagi Jumaat lalu.


Menerusi video yang tular, dalam kejadian itu mangsa bukan sahaja kehilangan wang dan telefon bimbit tetapi juga kereta mangsa turut dilarikan penyamun.


Sementara itu menerusi laporan Harian Metro. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat mangsa yang juga seorang pereka grafik wanita pada 1.23 pagi.

“Kejadian berlaku pada 12.10 pagi, semasa mangsa dan rakannya berada di kedai dobi sebelum didatangi dua orang lelaki menutup muka dengan kain serta mengacukan kayu ke arah mangsa.

“Suspek terus merampas beg galas mangsa dan rakannya sebelum beredar serta melarikan kereta mangsa jenis Perodua Myvi berwarna kuning dengan nombor pendaftaran WWN 9044 ,” katanya dalam satu kenyataan.