Orang asli cedera dipatuk ular kapak

Kredit-Sinar Harian

Seorang lelaki cedera akibat dipatuk ular kapak yang berlaku di Perkampungan Orang Asli Dala, Gerik, Perak, semalam.

Kejadian yang berlaku melibatkan 15 anggota terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

Menurut Jurucakap JBPM Perak berkata, maklumat awal yang diterima memaklumkan lelaki orang asli berusia 30 tahun hanya dikenali sebagai Man, cedera dipatuk ular pada kaki kiri ketika menangkap ikan di hulu Sungai Rengat.

“Lokasi kejadian adalah berbukit serta jauh di pedalaman menyebabkan kenderaan penyelamat terpaksa ditinggalkan.

“Perjalanan diteruskan dengan berjalan kaki selama satu jam. Mangsa didapati dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan awal daripada pihak kesihatan,” katanya dipetik Sinar Harian

Kemudian, anggota bertindak membawa mangsa keluar dengan menggunakan pengusung secara bergilir-gilir.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Gerik bagi mendapatkan rawatan lanjut. Operasi berakhir pada jam 9.12 malam,” katanya lagi.

Menurut laporan Sinar Harian, Pasukan penyelamat terpaksa berjalan kaki selama sejam bagi mendapatkan mangsa yang cedera.