RM 11,000 Nilai Onar Penyokong Indonesia

ANTARA kerusi penonton yang dirosakkan penyokong pasukan bola sepak Indonesia pada perlawanan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia diantara Malaysia menentang Indonesia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Bukan RM 11 tetapi 11,000 itu harga kerosakkan yang dilakukan penyokong Indonesia yang hadir ke perlawanan aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 malam tadi.

Menurut laporan Berita Harian hampir 44 kerusi di Stadium Nasional Bukit Jalil mengalami kerosakkan akibat tindakkan beberapa penyokong tidak bertanggungjawab ini.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Nik Razeen Adam Daud, berkata laporan kerosakan itu akan diserahkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat untuk tindakan susulan.

“Setakat ini, terdapat 44 kerusi yang dilaporkan pecah dan perkara itu akan disampaikan kepada FAM, secara kebiasaannya dan mengikut perjanjian sebelum ini, pihak terbabit akan menanggung kos kerugian peralatan stadium.

“Bagaimanapun, prosedur operasi standard (SOP) FAM pula menetapkan sebarang aduan diterima perlu disampaikan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), kita akan tunggu keputusannya nanti (tindakan susulan laporan kerusi stadium rosak),” lapor berita harian.

Ternyata sambutan kemenangan yang diperoleh pasukan Negara kita dengan menewaskan skuad Garuda 2-0, di, malam tadi tidak disenangi sebahagian penyokong Indonesia. Malah menerusi komen-komen dilaman sosial juga memberitahu agak terkejut dengan kelakuan penyokong dari negara jiran ini.

Ada yang berpendapat Sepatutnya dalam membawa semangat kesukanan penyokong Indonesia seharusnya lebih profesional dan matang.