7 Fakta Mengenai Kereta Terbang Malaysia

1. Di Malaysia kita sudah gelarkan teknologi ini sebagai kereta terbang. Tetapi mengikut spesifikasi antarabangsa ia lebih dikenali sebagi Super Dron.

2. Menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bakal menjadi revolusi pengangkutan udara pertama di dunia.

3. Menerusi laporan Berita Harian Super Dron itu dihasilkan menerusi usaha sama EastCap Bhd dengan dua syarikat dari China iaitu EHang Intelligent Equipment (Guangzhou) dan Strong Rich Holdings Limited.

4. Perancangan kerjasama strategik ini adalah untuk memasarkan menjalankan operasi dan perkhidmatan serta penyelenggaraan super dron itu di negara ini.

5. EastCap Bhd adalah sebuah syarikat tempatan dengan Datuk Seri Zakwanhafiz Ahmad Ansari bertindak menjadi Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya.

6. Mengikut apa yang ditularkan sebelum ini Super Dron ini juga tidak sama dengan kereta terbang yang sebelum ini didakwa dibangunkan menggunakan kepakaran tempatan.

7. Berdasarkan carian di Internet, mendapati Ehang adalah sebahagian daripada siri pesawat tanpa pemandu (UAV) dan dron penumpang yang dibangunkan syarikat yang berpangkalan di Guangzhou iaitu Beijing Yi-Hang Creation Science & Technology Co. Ltd.