Hadi Awang – Tun M Makin Tua Makin Menjadi

Sumber : Instagram - Abdul Hadi Awang

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) masih dengan pendirian mereka untuk terus menyokong Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memimpin dan membawa kemajuan Negara walaupun berlaku ‘pergolakan’ politik negara pada ketika ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut memberi jaminan pada 18 Ahli Parlimen dari parti itu untuk bersatu hati dalam memberi undi percaya atau menyokong usul undi percaya jika dikemukakan di Parlimen.

Sementara itu, beliau turut mengaku silap dalam menilai kemampuan Tun M apabila mendakwa Perdana Menteri tersebut lebih sesuai berkhidmat di Klinik 1Malaysia berbanding menyertai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“ Pendirian kita supaya Dr Mahathir terus kekal sehingga habis penggal. Itu pendirian asas kita walaupun masa Pilihan Raya (Umum) lalu, saya pernah sebut beliau tolong jaga Klinik 1Malaysia tetapi nampaknya makin tua makin menjadi.”

” Tua-tua kelapa, makin tua makin kemas untuk selamatkan Negara. Orang lain belum tentu dia (Dr Mahathir) sudah buktikan kesan positif.”

” Kita akan memberi undi percaya kepada Dr Mahathir,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Kemudian, Abdul Hadi berkata demikian ketika ditanya pendirian parti itu berhubung pertemuan antara Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi dengan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di kediaman beliau sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Menurut sumber Awani, Ahli Parlimen Marang turut memberi pujian terhadap kemampuan Tun M dalam melakukan transformasi bagi menyelamatkan negara.

Dalam sumber Awani juga menunjukkan bahawa Abdul Hadi turut mengakui tindakan itu menimbulkan perasaan cemburu antara satu sama lain.

“Saya rasa itu macam orang cemburu satu sama lain, itu terpulang parti lain. Kepercayaan sama sendiri itu penting. Masing-masing dapat menangani (masalah) parti berdasarkan apa yang ada dalam parti masing-masing,” kata Presiden PAS.

Sumber : Awani