RIZAL RASID TINGGALKAN AWAN BIRU DEMI – CUKUP

    Tidak ramai yang menyangka sebuah lagu baru dapat dipilih menjadi runut bunyi slot drama popular stesen TV swasta TV3. Namun itulah yang terjadi kepada Rizal Rasid, penyanyi baru berasal dari Brunei yang kini menetap di Malaysia. Mempunyai minat terhadap nyanyian sejak kecil, Riizal yang kini berumur 25 tahun telah berjaya merakamkan sebuah lagunya sendiri yang berjudul ‘CUKUP’.

    ‘CUKUP’ adalah ciptaan penyanyi daripada Brunei iaitu Isyraf Yusri. Menurut Rizal, single ini amat bermakna baginya kerana ia ada kena-mengena dengan kehidupan peribadi Rizal sendiri. Single yang dirakam di Brunei ini mengisahkan perjalanan cinta yang terjalin bertahun lamanya namun berakhir kala ditinggalkan kekasihnya yang telah hilang perasaan cinta terhadapnya.

    “Single ini amat memberikan kesan kepada kehidupan saya kerana ia adalah kejadian yang menimpa saya pada masa lalu”, ujar Rizal yang juga mengimpikan untuk berkolaborasi bersama Ismail Izani. Rizal juga menambah bahawa beliau amat bersyukur kerana single ini diterima di Malaysia bahkan sudah menjadi runut bunyi untuk drama yang sedang dimainkan di slot Samarinda TV3 iaitu Rindu Yang Terindah.

    Video muzik rasmi ‘CUKUP’ juga telah mendapat 376 ribu tontonan sejak dilancarkan pada 1 Februari 2020 yang lepas. Single ‘CUKUP’ ini merupakan nyanyian dan terbitan Rizal Rasid manakala edarannya dilakukan oleh Warner Music Malaysia. ‘CUKUP’ boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 2 FEBRUARI 2020 yang lepas.

    https://www.youtube.com/watch?v=QZWybpRTWnI