Ganasnya abang rambut “karat”

Tidak berpuas hati keretanya dikunci tayar. Seorang lelaki semalam bertindak
Membelasah pengawal keselamatan menggunakan kayu golf.

Menerusi laporan Berita Harian, kejadian yang berlaku di Jalan Gombak, Setapak itu membabitkan seorang pengawal keselamatan warga Nepal.

Berlaku sekitar jam 4.30 petang semalam, suspek yang meletakkan kederaanya di parkir Orang Kurang Upaya pada mulanya meminta kunci itu dibuka sebelum diberitahu mangsa suspek perlu membayar denda dahulu.

Tidak berpuas hati suspek terus menumbuk mangsa selain mengambil kayu golf dan mencederakan mangsa.

Video pergaduhan itu juga turut tular di laman sosial dan rata-rata pengguna berharap agar suspek dibawa ke muka pengadilan.