Ramai pemohon kecewa status kelulusan i-Sinar alami gangguan teknikal

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan paparan status permohonan i-Sinar online mengalami gangguan teknikala awal pagi hari ini, lapor Kosmo!

Bagaimanapun katanya, ahli boleh menyemak semula status permohonan bermula 8 pagi tadi.

Difahamkan, ramai pemohon sudah berjaya menyemak status kelulusan i-Sinar kategori 2 namun terpaksa berdepan kekecewaan susulan gangguan teknikal itu.

Seorang pengguna Twitter, @QistinaShahrim berkata, dia sudah menunggu sehingga sebulan untuk status kelulusan tersebut.”Kami satu keluarga dah gembira semalam, tapi pagi ini, hanya Allah je yang tahu perasaan kami,” katanya.

@InsanDin2 turut meluahkan perkara yang sama.

“Kenapa KWSP buat pencarum macam ini. Kami hendak keluar duit pun susah. Daripada biru pergi ke hijau bila hijau rasa gembira. Syukur. Tiba-tiba berubah biru,” katanya.

Bagi @titirahh, KWSP perlu melakukan sesuatu bagi menyelesaikan perkara itu.

Orang nak teruskan hidup mengharapkan duit sendiri pun menyedihkan,” ujarnya.

Sumber: Kosmo!