Polis Dang Wangi gempur rumah judi

POLIS Dang Wang menahan dua lelaki warga tempatan yang bergiat aktif dengan kegiatan judi online semalam.

Tangkapan dibuat pada jam 11.30 malam oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi di sebuah Kondominium di Jalan Talalla Kampung Atap, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesemua tangkapan melibatkan suspek berusia 23 tahun hingga 27 tahun.

Antara barang yang dirampas.

“Hasil pemeriksaan di dalam bilik rumah tersebut telah merampas (9) unit telefon bimbit pelbagai jenama, (5) komputer pelbagai jenama, (23) keping simkad Maxis dan wang tunai berjumlah RM4,666.00.

“Suspek telah direman selama dua hari bermula hari ini bagi siasatan mengikut Seksyen 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Serbuan kedua telah membawa kepada tangkapan tujuh suspek berlainan warganegara pada jam 12.30 malam di lokasi sama, terdiri daripada usia lingkungan 20 tahun hingga 26 tahun.

Tambah Mohamad Zainal, hasil pemeriksaan, polis telah merampas sebanyak 18 unit telefon bimbit pelbagai jenama, empat komputer pelbagai jenama dan wang tunai berjumlah RM950.00.

“Tahanan reman ke atas tangkapan dibenarkan selama tiga hari mulai 15 April.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya lagi.