Polis Cedera Terlibat Kemalangan Selepas Objek Besi Dibaling Pemandu

Sebuah kenderaan polis peronda terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan pada Isnin lalu hingga mengakibatkan anggota polis peronda cedera.

Kejadian tersebut dipercayai selepas sebuah objek dipercayi besi dibaling kea rah kenderaan polis tersebut.

 

Objek berkenaan telah mengenai bahagian bawah kenderaan polis mengakibatkan hilang kawalan dan terus berpusing-pusing lalu terbabas ke sebelah kiri laluan dan melanggar penghadang jalan.

Tular video kereta polis tersebut mengejar suspek yang membawa kereta Toyota Hilux di media sosial.

Disebabkan kejadian itu, terdapat anggota yang cedera di bahagian kepala.