Panik! Eskalator Rosak Bergerak Salah Arah

Orang awam yang menggunakan escalator panik apabila escalator tersebut tiba-tiba rosak dan berfungsi dalam keadaan arah yang bertentangan.

Video kejadian yang berlaku di Stesen Manggarai, Jakarta Selatan, Indonesia tular di media sosial sejak Rabu.

 

Video tersebut memaparkan orang awam dalam keadaan panik apabila secara tiba-tiba escalator bergerak dalam arah bertentangan hingga menyebabkan ramai yang terjatuh dan mengalami kecederaan ringan.

Kejadian dipercayai berlaku ketika orang ramai sedang bersesak pulang dari tempat kerja sekitar jam 6 petang (waktu tempatan).