Lelaki Ditemui Maut Dalam Myvi Terkunci

 

Seorang lelaki ditemukan muat dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang terkunci di Taman Rapat Indah, malam tadi.

Kejadian itu disahkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak yang tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.20 tengah malam.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati benar terdapat seorang mangsa lelaki dewasa terkunci di dalam kenderaan jenis Perodua Myvi.

“Mangsa disahkan maut oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” jelas Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad  dalam kenyataan awal pagi ini.

Beliau berkata, Komander Operasi membuat ‘size up’ dan mengarahkan anggota membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas.

Menurut Sabarodzi, mangsa diberi rawatan awal oleh pihak KKM yang berada di lokasi kejadian seterusnya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

Operasi yang diketuai PBK II Ahmad Termizi Hassan itu tamat pada jam 1.13 pagi.