Peti Besi Mengandungi Jongkong Emas Dilarikan, Ahli Pernigaan Wanita Rugi RM 3.5 Juta

 

Seorang ahli perniagaan wanita menganggung kerugian kira-kira RM 3.5 juta selepas rumahnya dipecah masuk ketika penghuni tiada di rumah.

Sebuah peti besi mengandungi wang tunai dan jongkong emas dilarikan suspek dalam kejadian di Padang Balang, Sentul pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, selain daripada itu, suspek turut melarikan beberapa buah beg tangan pelbagai jenama turut dilarikan dalam kejadian antara jam 10 hingga 12 tengah malam.

“Kita menerima laporan berkaitan kes itu daripada pengadu, seorang wanita berusia 43 tahun pada 4 Mac (hari ini),” katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.

Kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kediaman itu turut dirosakkan oleh suspek. Namun, siasatan lanjut telah dibuat oleh pasukan forensic.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber : Awani