‘Freekick’ Messi Tersasar Kena Bayi di Bahagian Penonton

Seorang bayi perempuan yang merupakan salah seorang ‘penonton’ perlawanan di antara Inter Miami dan Orlando City berdepan pengalaman pahit apabila bola daripada sepakan percuma Lionel Messi tersasar ke arahnya.

Kejadian tersebut sempat dirakamkan oleh salah seorang penonton yang berada di tempat duduk berdekat bayi berkenaan.

 

Video yang dimuat naik menerusi X TrollFootball menjadi tular di media sosial dan telah mendapat lebih 17 juta tontonan.

Difahamkan bayi berkenaan berada tetap di belakang gawang gol sewaktu minit-minit terakhir perlawanan tersebut. Menerusi video yang tular, kelihatan bayi tersebut hamper menangis namun ditenangkan oleh penjaganya.