“Hanya Tuhan Sahaja Tahu Betapa Hancurnya Hati Saya Semalam” – Noh Serah Musa Pada Mizz Nina

Noh Salleh memaklumkan sudah menyerahkan anak angkatnya, Musa kepada bekas isterinya Mizz Nina yang hadir ke rumahnya malam tadi bersama suami dan pihak berkuasa.

Vokalis Hujan itu memaklumkan berita tersebut menerusi Instagramnya.

“Terima kasih buat mereka yang mendoakan agar masa depan Musa terjamin harmoni. Buat pengetahuan umum, interview bersama Melodi telah dijalankan pada tarikh 13/1/2024 pada jam lebih kurang 2.45 ptg.

Namun malam semalam dalam jam lebih kurang 8.30 malam pihak mizz nina telah pun hadir di rumah saya bersama2 dgn suami beliau serta pihak polis dan beberapa orang lain yang tidak dikenali untuk tujuan mengambil Musa dari jagaan saya dengan perintah interim (perintah jagaan sementara) dari mahkanah syariah sebelum sesi mediasi di mahkamah syariah.

Saya faham dan bagi menghormati perintah mahkamah, saya dengan terpaksa dan berat hati menyerahkan Musa kembali dan akan meminta nasihat peguam saya. Hanya tuhan sahaja yang mengetahui betapa hancurnya hati saya semalam.

Tiada sebarang insiden perebutan berlaku malam tadi kerana saya masih percaya dgn jalan perdamaian dan apa yang penting adalah kesihatan mental dan fizikal Musa.

Saya berharap statement ini jelas dan tiada sebarang spekulasi dari mana2 pihak dan saya juga berterima kasih atas segala doa dari kalian.”