Pertanan Uzbekistan, Umar Eshmurodov Sah Sertai Selangor FC

Selangor FC harini mengumumkan telah berjaya mengikat pemain pertahanan kebangsaan Uzbekistan, Umar Eshmurodov untuk musim 2024 / 2025.

Berita itu diumumkan mereka menerusi media sosial rasmi Selangor FC. Sebelum ini kelab Gegrasi Merah dikaitkan dengan pemain tersebut dan hari ini mereka mengesahkan telah berjaya mendapatkan khidmat pemain yang memiliki ketingga 185 cm itu.

Eshmurodov kini bersama Uzbekistan dalam Piala Asia 2023 dan bakal bertemu juara bertahan yang juga pasukan tuan rumah Qatar bagi perlawana suku akhir yang dijangka berlangsung pada malam esok.

Pemain yang dilahirkan di Koson, Uzbekistan ini mendedahkan telah lama menyimpan Hasrat untuk bermain di kelab bola sepak di luar negara dan Selangor FC menjadi pilihannya.

“Sejujurnya, saya sudah lama ingin bermain dengan kelab di luar negara. Selangor FC adalah kelab pertama yang saya pilih untuk mengembangkan karier bola sepak saya selepas 12 tahun bermain di Uzbekistan dan saya yakin dengan keputusan ini.

“Saya berharap pengalaman luas beraksi di peringkat antarabangsa, baik untuk kelab mahupun pasukan kebangsaan, Uzbekistan akan membantu Selangor FC mencapai kejayaan bersama musim ini,” katanya.