Najib Bakal Dibebaskan Lebih Awal, Hukuman Denda Dikurangkan

Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersetuju untuk mengurangkan hukuman dan denda yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak selepas didapati bersalah atas masing-masing tiga pertuduhan pecah amanah serta pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kedudukan.

Dalam satu kenyataan sebentar tadi, lembaga tersebut mengesahkan hukuman penjara bekas Perdana Menteri itu dikurangkan daripada 12 tahun ke 6 tahun, dan denda terhadapnya dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Ini bermakna Najib akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM 210 juta terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia itu.