Isteri ‘bermanja’ ketika suami sedang mengaji undang kecaman netizen

BARU-BARU ini, tular sebuah video dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok @habibiedanayitanpanun yang memperlihatkan seorang isteri meminta untuk dipeluk suaminya ketika sedang beribadah.

Dalam perkongsian video yang kini telah mendapat lebih 1.8 juta tontonan, tampak seorang wanita dilihat sengaja meminta pelukan suami.

Rakaman video itu sengaja dilakukan oleh si isteri secara diam-diam kerana dia mahu melihat apakah reaksi suaminya.

Si suami dilihat baru sahaja menyelesaikan solat sunat dan sedang membaca al-quran.

Tiba-tiba, ketika suaminya sedang mengaji, si isteri datang dan meminta untuk dipeluk manja oleh suami dan mereka meneruskan mengaji bersama-sama.

Tiktok @habibiedanayitanpanun

Melihat aksi tersebut, ramai orang yang meninggalkan komen seperti “sopankah begitu di hadapan orang yang belum berkahwin?”, “batal sudah wudhu suami”.

Selain itu, ada juga yang berpendapat sebagai seorang muslim seharusnya kemesraan suami dan isteri itu tidak wajar untuk dipertonton di khalayak umum.