Perempuan Lain Kau Nak Marah Boleh, Kalau Nabila Tak Boleh Marah – Sharnaaz Ahmad

 

Pelakon Sharnaaz Ahmad menerusi satu kenyataan di Official Hlive menjelaskan yang sesiapa sahaja wanita yang menjadi pasangannya tidak boleh mencemburui bekas isterinya, Noor Nabila.

Itulah perkara utama yang akan diberitahu kepada semua wanita yang rapat dengannya termasuk Amelia.

“Siapa pun yang ingin berkawan dengan saya tak boleh cemburu Nabila

“Perempuan lain kau nak marah boleh, tapi kalau Nabil tak boleh marah sebab dia mak kepada anak saya,” jelasnya.

Jelas Sharnaaz, sebagai bekas suami kepada Nabila mereka akan banyak berjumpa dan berhubung perihal anak mereka, Jebat Jayden.

“Kalau kau cemburu dengan dia, maknanya kau ada masalah bila aku menguruskan anak aku,” tambahnya lagi.

Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga bersama pada Mac 2017, namun disahkan bercerai sekitar Julai 2020.

Sumber : Official Hlive