‘Power bank’ Meletup Dalam Penerbangan Buat Penumpang Panik

Penumpang dalam penerbangan Thai AirAsia ke Nakhon Si Thammarat berada dalam keadaan panik selepas pengecas mudah alih (power bank) meletup.

Menurut laporan Portal Thaiger, Menteri Perindustrian Thailand, Pimphattra Wichaikul tantara 186 penumpang yang turut berada di dalam itu dan menyaksikan kejadian asal memenuhi kabin.

 

Pimphattra Wichaikul juga meluahkan kebimbangan susulan insiden itu kerana hampir semua membawa ‘power bank’ ke dalam pesawat ketika ini.

“Saya ingin menyeru syarikat penerbangan dan pegawai lapangan terbang untuk memeriksa ‘power bank’ yang dibawa penumpang.

“Pastikan peralatan itu mempunyai simbol Piawaian Perindustrian (TIS) untuk memastikan rintangan haba,” katanya

Bagaimanapun, anak kapal berjaya memadamkan kebakaran dalam masa dua minit, dan pesawat mendarat dengan selamat seperti dijadualkan.