Raja Harald V Jalani Rawatan di Langkawi, Kesihatan Makin Baik – Istana Norway

(FILES) King Harald V of Norway walks on crutches on his way to lunch with members the Norwegian government, on February 24, 2024 in Oslo, Norway. Norway's King Harald, aged 87 and in poor health, has been hospitalised with an infection while on a holiday in Malaysia, the Royal House of Norway said on February 27, 2024. (Photo by Cornelius Poppe / NTB / AFP) / Norway OUT

Keadaan kesihatan Raja Norway Raja Harald V yang kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi, Malaysia semakin pulih kata menurut pihak Istana Norway.

Menerusi laman sesawang www.royalcourt.no pada Rabu berkata, keadaan kesihatan Raja Harald V yang semakin pulih disahkan oleh doktor peribadinya di Langkawi.

“Baginda dirawat dengan baik di hospital dan menerima rawatan yang baik,” menurut kenyataan itu.

Menurut Istana Norway lagi, Raja Harald V akan berada di hospital untuk beberapa hari lagi dan belum ada keputusan dibuat berhubung keberangkatan pulang baginda ke tanah air.

“Kedutaan Norway di Kuala Lumpur telah menawarkan bantuan praktikal semasa lawatan ini,” menurut kenyataan itu.

Pada Rabu, Bernama melaporkan Raja Harald V sedang menerima rawatan di Wad Diraja hospital itu selepas gering semasa bercuti di Malaysia.

Sumber : Bernama