Penutupan jalan sempena Ambang 2020 libatkan 12 lokasi

Sumber Foto : Berita RTM

KUALA LUMPUR – Beberapa jalan utama di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup dan dilencongkan sempena sambutan Ambang 2020.

Ketua Polis Kuala Lumpur,Datuk Seri Mazlan Lazim berkata acara sambutan kali ini diadakan secara besar-besaran yang turut menggabungkan perasmian tahun melawat Malaysia 2020 dan Majlis rumah terbuka Krismas 2019.

Dalam sidang medianya di pusat media Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur (IPKKL), Datuk Seri Mazlan menjelaskan, jalan-jalan yang terlibat adalah jalan yang melalui 12 lokasi sambutan termasuk Dataran Merdeka, Kompleks Perbadanan Putrajaya, KLCC, Bukit Bintang, Desa Park City, Sunway Velocity dan Bangsar South, Lembah Pantai.

Penutupan dilakukan secara berperingkat mulai jam 8 malam dan dibuka semula pada 12.30 tengah malam setelah Sambutan Ambang 2020 selesai.

Bagi memastikan keselamatan orang ramai terjamin, seramai 136 orang pegawai dan 894 anggota di tempatkan di lokasi-lokasi tersebut.

Dianggarkan seramai 20,000 dijangka membanjiri kawasan berkenaan bagi meraikan sambutan Ambang Tahun Baharu.