Pelancong di tenggara Australia diarahkan tinggalkan kawasan ekoran kebakaran besar

Sumber Foto - Berita RTM

SYDNEY – 30,000 orang yang melawat tenggara Australia diarah meninggalkan kawasan pelancong kerana kebakaran besar dan gelombang cuaca panas melampau yang melanda di seluruh negara itu.

Kebakaran besar di Australia telah menyebabkan sepuluh orang maut dan lebih seribu buah rumah musnah.

Seorang sukarelawan bomba turut maut ketika cuba mengawal kebakaran di New South Wales.

Dilaporkan lebih 7.4 juta ekar hutan telah terbakar iaitu lebih besar daripada keluasan negara Belgium .

Keadaan bertambah buruk dengan angin dan suhu melambung tinggi di seluruh Australia sehingga mencesah 47 darjah Celsius .

Sydney dan bandar-bandar utama lain kini diselubungi asap beracun akibat kebakaran dalam tempoh beberapa minggu lalu.

Beberapa acara sukan profesional terpaksa dibatalkan.

Canberra dan beberapa bandar lain juga membatalkan acara bunga api pada Tahun Baharu berikutan larangan pembakaran terbuka.

Perbelanjaan AS$4.5 juta untuk acara bunga api tahun ini mungkin dibelanjakan untuk pasukan bomba sukarela menghadapi musim kemarau melampau yang melanda Australia.