Penumpang Dinasihat Tiba Empat Jam Sebelum Berlepas di KLIA

Penumpang yang ingin berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi penerbangan domestik mahupun antarabangsa disarakankan untuk tiba sekurang-kurangnya empat jam sebelum berlepas pada musim cuti dan perayaan.

Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) mengeluarkan nasihat dan peringatan hari ini memandangkan musim cuti kebiasaannya terdapat peningkatan mendadak penumpang.

Justeru, mereka disarakan untuk tiba awal supaya membolehkan penumpang melepasi proses pendaftaran, pemeriksaan keselamatan dan pelepasan dengan kelewatan minimum.

“Naik taraf ini merupakan inisiatif penting untuk mengekalkan dan menambah baik keseluruhan infrastruktur lapangan terbang dan kerja-kerja berterusan ini mungkin menyebabkan masa lebih lama diperlukan untuk urusan pemprosesan di pelbagai tempat di dalam lapangan terbang,” menurut kenyataan itu.

KLIA Terminal sedang dalam proses menaik taraf sistem pengendalian bagasi untuk meningkatkan kecekapan operasinya.

“Malaysia Airports amat menghargai timbang rasa dan kesabaran semua penumpang kerana kerja-kerja naik taraf yang dilaksanakan ini bagi memastikan pengalaman perjalanan yang lebih selamat dan cekap pada jangka masa panjang,” menurut kenyataan itu.

Sumber : Awani