Pemilik Video Tular ‘Kereta Waja, Pasangan Merajuk’ Mohon Maaf

Beberapa hari yang lalu tular video di Tiktok menunjukkan seorang wanita berjalan kaki didakwa merajuk dan dipujuk oleh pasangannya yang menaiki sebuah kereta Waja.

Bagaimanapun video tersebut menimbulkan persepsi negatif dan ramai pengguna media sosial menjadikan video tersebut sebagai parodi.

Pengguna TikTok @fiedhacoway dalam satu video yang dimuat naik menjelaskan, dia sama sekali tiada niat untuk mengaibkan pasangan tersebut dan hanya merekod keadaan sekeliling ketika menunggu ibunya yang membeli barang.

“Kebetulan ada dua orang warganegara Pakistan lalu di sebelah saya yang sedang membuka plastik ais krim, jadi saya merasakan perkara itu ‘sweet’.

“Itu yang membuatkan saya mahu rakam.

“Pada masa sama, mata saya dah nampak kakak itu jalan kaki berseorangan tetapi saya tiada niat mahu rakam ke arah dia,” katanya menerusi satu rakaman di TikTok.

Jelasnya lagi, kejadian tersebut merupakan satu momen yang jarang sekali dilihatnya.

“Dan saya rasa paling menakjubkan, kereta di belakang kereta Proton Waja itu, sama sekali tidak ada yang tekan ‘hon’,” ujarnya.

Wanita tersebut turut mendoakan agar pasangan tersebut dimudahkan urusan oleh Allah swt.

Sumber : TikTok @fiedhacoway / Sinar Harian