Nafsu binatang punca bapa perkosa anak

Kredit-Rakyatku News

Sungguh mengejutkan kejadian yang berlaku di Indonesia, seorang bapa berusia 50 tahun terlanjur dengan anak kandung sendiri yang berusia 15 tahun di Takalar.

Lantas, Anaknya kini didapati sedang hamil enam bulan hasil perbuatan bapanya sendiri. Turut difahamkan bapanya mengambil kesempatan apabila isterinya mencari rezeki untuk keluarga mereka di sawah. 

Menurut laporan Rakyatku News, turut menyatakan bapanya sudah melakukan perbuatan jijik tersebut sejak tahun 2017 lagi ketika ketiadaan isterinya di rumah. Punca berlaku adalah disebabkan isterinya yang tidak menarik lagi di atas katil. 

“Saya kerap bersetubuh dengan anak saya seminggu sekali tetapi perbuatan saya ini dapat dikesan oleh isteri saya dalam diam,” katanya dipetik oleh Rakyatku News.

Kemudian, timbul tanda tanya apabila suami dan anaknya bersembunyi dan melarikan diri, lantas isterinya melaporkan kejadian tersebut ke balai polis berdekatan.

Bagaimanapun, pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap suspek yang merupakan ayah kandung mangsa sebaik sahaja sudah ditahan oleh anggota polis akibat mereka melarikan diri.