Hafidz Roshdi dan Athira Yuhada Bakal Kahwin 16 Disember Ini?

Pelakon Hafidz Roshdi, 29, dikatakan bakal menamatkan zaman dudanya bersama Athira Yuhada pada 16 Disember ini.

Perkara itu mula timbul selepas undangan perkahwinan mereka menjadi tular. Pada undangan tersebut tertera nama, Tarikh, lokasi dan masa majlis akan dijalankan. Difahamkan, pasangan itu bakal melangsungkan perkahwinan di sebuah dewan di Selangor pada sebelah malam.

Bagaimanapun, Ketika ditemui pihak media, Hafidz enggan memberikan sebarang komen mengenai berita tersebut.

“Kalau ada berita baik saya akan kongsikan. Tapi buat masa ini saya tak nak cakap apa-apa. Tiada komen,” katanya ringkas.

Sebelum ini, Athira didakwa menjadi punca keretakan rumahtangga Hafidz dan bekas isteri, Nurul Shuhada.

Hafidz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, dan pasangan ini bercerai pada 27 Julai lalu.

Sumber : Harian Metro