Pemain Harimau Malaya, Matt Davies Selamat Mendirikan Rumahtangga

Pemain Harimau Malaya, Matt Davies selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Jenna Vivian.

Pemain kelahiran Australia itu berkongsi detik indah bersama peminat di Instagramnnya.

Ramai rakan-rakan sepasukan mengucapkan tahniah kepada pasangan itu antaranya Safawi Rasid, Arif Aiman, Fernando Forestieri dan ramai lagi.

Turut hadir ketika majlis perkahwinannya adalah Brendan Gan, Junior Eldstål serta Corbin-Ong.