Banjir Makin Teruk, MET Malaysia Keluarkan Amaran

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat tahan bahaya sehingga esok di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan MetMalaysia di aplikasi X, antara lokasi amaran hujan lebat berterusan di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Manakala, di Terengganu pula melibatkan Kawasan Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.

Kawasan yang dijangka mengalami hujan berterusan tahap buruk di Kelantan pula adalah Gua Musang manakala di Terengganu meliputi kawasan Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.