Pelajar Indonesia Serbu Penempatan Rohingya, Gesa Mereka Diusir

Sekumpulan pelajar Indonesia telah menyerbu pusat penempatan ratusan pelarian Rohingya dari Myanmar di Banda Aceh.

Serbuan tersebut dilakukan dengan matlamat untuk menggesa pelarian Rohingya dihantar pulang ke negara asal mereka berikutan situasi tegang antara pelarian tersebut dengan masyarakat setempa.

Pelarian Rohingya memasuki Indonesia melalui Banda Aceh dengan jumlah yang ramai hingga menimbulkan rasa tidak senang penduduk setempat.

Menerusi rakaman yang dikeluarkan Al Jazeera, sekumpulan besar pelajar berlari ke ruang bawah bangunan penempatan pelarian Rohingya hingga menyebabkan mereka ketakutan.

Mereka dibawa keluar ke tempat perlindungan baru oleh pihak berkuasa tempatan berikutan ketegangan yang semakin memuncak.

Ketibaan pelarian Rohingya meningkat antara November dan April, apabila keadaan laut tidak bergelora, menyebabkan kumpulan pelarian ini menaiki bot ke negara jiran seperti Thailand, Indonesia serta Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Sumber : Awani, Al Jazeera