Bekas Pemain Bola Sepak Negara, Shaharuddin “The Black Cat” Meninggal Dunia

Lagenda bola sepak negara Shaharuddin Abdullah, 75, meninggal dunia di Hospital Taiping, Perak pada jam 5.07 pagi tadi.

Berita pemergian pemain lagend itu disahkan oleh anaknya, Shahrina Shaharuddin.

Shaharuddin atau lebih dikenali dengan gelaran The Black Cat merupakan penjaring gol sulung Malaysia di Sukan Olimpik Munich, Jerman pada 1972.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke kediaman anaknya di Kampung kaki Bukit Jana dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Silverstone Kamunting selepas zuhur hari ini.

Sumber : RTM