“Gaji RM 40k lesap diragut oleh penyamun! “

Menyedihkan apabila wang gaji berjumlah RM 40,000 melayang diragut oleh dua penyamun di bank berdekatan Taman Nusantara, Gelang Patah, Johor Bahru.

Kejadian yang berlaku ligkungan 3.30 petang, apabila mangsa merupakan kontraktor, 32, yang baru sahaja mengeluarkan wang tunai dari bank.

Kemudian, ketika mangsa ingin menuju ke keretanya, yang berhampiran kedai dan bertentangan jalan raya, dua penyamun itu lantas terjah beliau menaiki motosikal.

Menurut Ketua polis daerah Iskandar Puteri, Dzulkhairi Mukhtar berkata, salah seorang penyamun itu turun dari motosikal dan menghalang mangsa dari masuk ke dalam keretanya.

“Secara tiba-tiba salah seorang dari mereka mengeluarkan senjata tajam (berupa pisau) dan hala ke arah mangsa sebelum paksa untuk mengeluarkan segala barang termasuk wang di dalam begnya.

“Semasa penyamun tersebut mengeluarkan segala barang di dalam begnya, mangsa bertindak pantas menarik begnya dan segera melarikan diri bersama rantau emas yang dipakainya,” katanya dalam laporan.

Sementara itu, beliau turut berkata, selain wang tunai, mangsa turut hilang barang bernilai seperti kad pengenalan, kad lesen memandu, kad bank, kad kredit semasa insiden kejadian.

Tambah Dzulkahiri, usaha mereka untuk mengesan penyamun masih dalam siasatan.

Bagaimanpun, menurut laporan The Sun mereka didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan rompakan bersenjata dan akan dikenakan tindakan segera.