Array

INTEAM DAN KHAI BAHAR BERSATU DALAM LAGU

Selepas 16 tahun lagu Setanggi Syurga dilancarkan menerusi album In-Team ‘04, istimewa buat seluruh peminat dan pencinta lagu nasyid, lagu itu dirakamkan semula dengan diberi nafas baru yang lebih segar.

Kali ini, penyanyi asal, kumpulan nasyid terkenal, Inteam berkolaborasi dengan penyanyi muda popular, Khai Bahar dan menghasilkan Setanggi Syurga 2020.

Dan bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadan tahun ini, syarikat rakaman 17Eleven Music bakal melancarkan Setanggi Syurga 2020 pada 21 April ini.

Muhammad Hazamin Harun yang juga anggota kumpulan Inteam berkata, kerjasama dengan Khai tercetus selepas kejayaan lagu Sesungguhnya kolaborasi antara Raihan dan Alif Satar tahun lalu.

“Selepas lagu Sesungguhnya kolaborasi antara Raihan dan Alif Satar meletup pada Ramadan tahun lalu sehingga tular, kami melihat masih ramai sebenarnya yang merindui alunan lagu nasyid.

“Ditambah pula dengan kolaborasi lama dan baru menjadikan ia sesuatu yang menarik untuk diperdengarkan kepada peminat ketika ini.

“Maka dari situ kami mula merancang untuk membuat kolaborasi sedemikian. Disebabkan lagu ini mahu dilancarkan pada bulan Ramadan, jadi kami perlu mencari lagu yang paling sesuai,” katanya.

Menurut Hazamin, lagu Setanggi Syurga berbentuk munajat dan berkaitan dengan syurga.

”Memandangkan kami bercadang melancarkan kolaborasi ini pada bulan Ramadan, jadi kami memilih lagu berbentuk munajat dan berkaitan dengan Syurga ini.

“Kebetulan pula kami pernah melihat video Khai Bahar menyanyikan lagu ini dalam persembahan,” katanya.

Mengenai pemilihan Khai, Hazamin berkata penyanyi lagu HatiNyawa itu mempunyai karektor suara unik selain imej positif yang dimiliki.

“Kami melihat Khai kerana dia penyanyi yang berpewatakan sangat baik dan berimej positif. Tambahan pula dia banyak menyanyikan lagu ketuhanan.

“Dalam masa sama, Khai memang meminati lagu Inteam dan pernah membawa lagu kami dalam persembahan. Pendek kata, Khai sudah faham dan tahu mengenai lagu Inteam,” katanya.

Berbeza daripada lagu asal, Setanggi Syurga 2020 menampilkan susunan muzik dan cara nyanyian yang lebih matang.

“Lagu Setanggi Syurga 2020 ini menampilkan kelainan dari segi susunan muzik dan cara nyanyian juga. Muzik kali ini banyak menampilkan instrumen ‘live’ dan lebih bersifat akustik berbanding yang terdahulu. Susunan muzik dan cara nyanyian juga lebih ‘catchy’ dan matang.

”Insya-Allah, kami yakin lagu ini akan pergi jauh dan mendapat tempat dalam kalangan peminat Inteam dan Khai bahkan penggemar industri muzik tanah air keseluruhannya. 

“Ini kerana lagu ini ada kekuatan tersendiri, ciptaan gandingan mantap komposer Isman Hijjaz dan penulis lirik Ito Lara yang pernah menghasilkan banyak lagu nasyid popular era hujung 90-an dan awal 2000,” katanya.

Dalam masa sama, Hazamin berkongsi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan sekarang tidak menghalang mereka untuk terus mempromosikan lagu itu.

”Insya-Allah, kami akan menggunakan segala ruang yang di media sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook.

“Kami juga akan mengadakan sesi siaran langsung di IG sempena pelancaran lagu di media sosial untuk merancakkan lagi promosi lagu ini.

“Selain itu, kami juga mungkin akan merakam video nyanyian lagu ini dalam versi PKP yang akan dirakam di rumah masing-masing,” katanya.

Selain Hazamin, Inteam turut dianggotai oleh

Mohd Syahril Abd Khalid, Abdul Rahim Osman dan Hisyam Ahmad.

Sementara itu, Khai berkata, dia teruja apabila pertama kali mendapat tawaran daripada Inteam sekali gus tanpa berfikir panjang menerima pelawaan itu.

“Pihak Inteam ‘approach’ saya dan sangat teruja. Tanpa fikir panjang saya terus terima. Kebetulan saya memang nak berkolaborasi dengan kumpulan nasyid antaranya Inteam. Terima kasih pada Inteam kerana beri saya peluang dan kepercayaan untuk bekerjasama.

“Sebelum ini, kami belum pernah bekerjasama. Kiranya, lagu ini adalah kerjasama pertama kami. Memang sangat teruja dan harap semua dapat terima dengan baik,” katanya.

Mengenai lagu itu, Khai mengakui Setanggi Syurga ada lagu kegemarannya.

“Ramai sudah tahu lagu ini. Ia sedap didengar dan antara lagu kegemaran peminat lagu nasyid dari dahulu sampai sekarang. 

“Malah, ia juga lagu kegemaran saya. Jadi, bagi saya kenapa tidak untuk rakamkan lagu ini tapi dengan versi yang lebih segar,” katanya.

Menyentuh soal perbandingan yang bakal timbul membabitkan kolaborasi dirinya bersama Inteam dengan Raihan dan Alif Satar, Khai berkata perkara itu tidak seharusnya timbul.

“Saya sudah bersedia dengan apa juga maklum balas. Cuma bagi saya, tidak perlu dibandingkan.

“Sebab, untuk lagu sedia ada, yang sedap dan pernah dengar, jika diberi nafas baru ia akan menjadi satu kelainan. Jadi bagi saya, tak rasa akan ada isu perbandingan ini,” katanya.

Muzik video lagu Setanggi Syurga 2020 akan dilancarkan di saluran YouTube Seventeen Eleven Music pada 21 April jam 9 malam.

Klik pautan ini untuk terus menonton muzik video rasmi “Setanggi Syurga 2020”

: https://youtu.be/yomFDefkxE0

 

Most Popular

Lelaki nikahi dua wanita serentak – “Seperti dunia Ana yang punya!”

SEORANG lelaki didakwa menikahi dua wanita serentak dalam satu majlis persandingan di bandar Bangkalan, Madura, Indonesia hujung minggu lalu, lapor Kosmo!

Influencer berpakaian wanita mohon maaf, hanya salah faham

"SAYA masih waras dan belum hilang akal untuk berpakaian wanita di dalam program televisyen yang disiarkan secara langsung. "Namun,...

Polis terima tujuh laporan setakat ini, kini guru pula mendakwa dirogol pendakwah selebriti

POLIS mengesahkan menerima satu lagi laporan berkaitan kes rogol melibatkan seorang pendakwah selebriti, menjadikan tujuh laporan polis telah diterima setakat ini.

Alhamdulillah… Siti Nurhaliza umum hamil anak kedua

SPEKULASI tentang dirinya yang dikatakan berbadan dan akhirnya terjawab apabila penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesahkan dia kini...