Empat Warga Myanmar Berjaya Ditahan Semula, Bantuan Bekas Bomba

 

Empat orang daripada 130 orang warga Myanmar yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Bidor berjaya ditahan semula kira-kira jam 3.30 petang Jumaat hasil bantuan daripada pesara bomba dan beberapa penduduk kampung.

Pelarian Rohingya terbabit bersembunyi di dalam hutan berhampiran penempatan Orang Asli Kampung Sanding di Bidor kira-kira 15 kilometer dari depot tahanan.

Tindakan bekas Timbalan Ketua Pengajian Penyelamat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah, Mohamad Yunus Abu akhirnya berjaya menjejaki keempat-empat warga asing terbabit yang ditemui dalam keadaan lemah akibat kelaparan.

“Kami menerima panggilan daripada polis yang meminta bantuan untuk cari pelarian ini. Saya dan rakan-rakan bergerak masuk ke dalam hutan dan menemukan jejak dalam semak seperti baru dilalui.

“Ketika dikepung, kami minta mereka jangan lari dan buka baju kerana bimbang mereka membawa senjata sebelum mengikat tangan dengan baju dan kain,” katanya ketika ditemui di sini.

Sumber : Awani, Sinar Harian