Menjijikkan! Budak 12 Tahun Diliwat Siang dan Malam di Asrama

Menjijikkan! Itulah yang boleh digambarkan perbuatan songsang seorang lelaki berusia 20 tahun apabila meliwat seorang kanak-kanak berusia 12 tahun sebanyak 30 kali sejak Mei lalu di sebuah asrama lelaki saudara baharu di Melaka.

Detik hitam itu dipendam mangsa selama tujuh bulan kerana bimbang akan keselamatan dirinya. Namun, akhirnya mangsa nekad untuk membongkarkan rahsia itu kepada bapanya pada Ahad lalu.

Berdasarkan laporan, mangsa pertama kali diliwat tanpa kerelaan oleh suspek pada 14 Mei lalu kira-kira jam 3 pagi.

Mangsa dikejutkan dari tidur oleh suspek sebelum meliwatnya dan mengulangi perbuatan terkutuk itu keesokan hari pada jam 2 pagi.

“Mangsa mengatakan suspek mengejutkannya daripada tidur di bilik asrama lelaki sebelum meliwatnya tanpa kerelaan dan mengulangi perbuatan itu keesokannya pada 2 pagi.

“Seterusnya mangsa menyatakan suspek membawanya ke tandas asrama pada 20 Mei kira-kira 9 malam dan menyuruhnya meliwat suspek, kanak-kanak itu terpaksa akur kerana takut.

“Kejadian tidak terhenti di situ, apabila suspek meliwat mangsa dua hari kemudian di dalam tandas premis berkenaan,” jelas Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah.

Suspek diminta datang ke rumah oleh bapa mangsa sebelum anggota polis dan anggota RELA tiba di lokasi dan membawa suspek ke balai polis.

“Mangsa ini tinggal di asrama lelaki (saudara baru) sejak April 2023 kerana ibunya yang merupakan Pembantu Guru Mualaf bekerja sambil belajar dan tinggal di asrama wanita yang mana mangsa tinggal di asrama bagi memudahkannya untuk ke sekolah,”tambahnya.

Suspek yang tidak bekerja berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang kini ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sumber : Harian Metro