Isteri Dapat RM 1.39 Juta Daripada Suami Setiap Kali Hamil

Seorang wanita yang juga merupakan isteri kepada seorang jutawan menetapkan syarat kepada suaminya untuk memberinya AS$300,000 (RM1.39 juta) jika dirinya hamil.

Wanita yang dikenali sebagai Soudi Al Nadak, 26, dari Sussex, Britain mendirikan rumah tangga dengan seorang jutawan dari Dubai tiga tahun lalu dan kini menjalani kehidupan serba mewah di sana.

Menerusi satu video yang tular di Tiktok, Soudi bercakap mengenai kehamilannya.

“Sebelum saya hamil, ini semua adalah perkara yang tidak boleh dirunding,” katanya yang merujuk kepada syarat-syarat kehamilan.

“Ini termasuk untuk sesi terapi, fisioterapi, jurulatih peribadi, akupuntur dan sesi urut untuk bayi,” ujarnya lagi.

Bukan itu sahaja, jelasnya lagi dia juga akan dibayar elaun setiap kali hamil dan mendapat akses penuh terhadap kad kredit suaminya jika berlaku kecemasan.

Sumber : Daily Mail