Mazleela tersingkir (GV6)

Ternyata lagu Apa Khabarmu Di Sana nyanyian asal Ramlah Ram tidak membawa tuah buat penyanyi Mazleela.

Menjadi peserta pertama disingkirkan dari program Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Mazleela atau nama sebenarnya, Mazlila Mazlan mendapat kritikan juri yang menjelaskan cara penyampaian penyanyi berusi 47 ini kedengaran berat.

Selaku juri, Hetty Koes Endang menerangkan sepatutnya lagu itu disampaikan secara santai.

“Jangan terlalu ‘berat’, kerana jikalau terlalu berat, ia menjadikan kawalan ton suara itu kelihatan sukar dan banyak flat,”jelasnya.

Sementara itu Penyanyi Naqiu (kumpulan Boboy) berada di tangga teratas selepas memberikan persembahan bertenaga menerusi lagu kumpulan New Boyz, Meraung.

Kredit gambar : IG Astro Gempak