Kak Girl bercerai

Hampir setahun berjuang menyelamatkan rumah tangganya, bekas penyampai radio Best FM, Kak Girl akhirnya sah bercerai talak satu dengan bekas Mohd Hafizi Marzuki baru-baru ini.

Memilih perceraian sebagai jalan terakhir kata Kak Girl atau nama sebenarnya Nur Amira Maslan menjelaskan dia tetap
Reda.

“Masalah dalam rumah tangga sudah hampir setahun. Inilah pengakhiranya.

“Sebagai wanita saya akui sangat sebak untuk melalui dugaan ini. Tetapi saya yakin dengan hikmah yang menanti,”katanya yang sudah berkahwin hampir lima tahun.

Tidak mahu menyimpan dendam kata Kak Girl, walaupun sudah tidak mempunyai apa-apa ikatan namun hubunganya dengan bekas suami masih baik.

“Kami bercerai secara baik, jadi tidak ada sebab untuk saling membenci.

“Dia akan tetap menjadi sebahagian daripada hidup saya sebab kami pernah bergelar suami isteri,”katanya lagi ke TheNews.

Mahu memberi fokus kepada bidang lakonan dan pengacaraan. Tambah Kak Girl dia juga tidak mahu memikirkan lagi soal jodoh buat masa ini.

“Fokus saya adalah untuk menjaga ibu saya selain mahu lebih aktif dalam bidang lakonan dan pengacaraan.

“Soal bertemu orang lain bukan suatu keutamaan buat masa ini. Sebab saya sudah ada tujuan hidup yang berbeza,”jelasnya.